Wednesday 9 October 2013

KEBAIKAN GARAM DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan.

Just nak update about kesihatan dan kebaikan garam dalam kehidupan cos sejak kebelakangan nie intan byk dapat khabar kawan2 yg ada penyakit tekanan darah tinggi. Tetiba intan nak story sikit pasal GARAM. Hari2 kita makan garam kan, tapi betul ker penyebab utama tekanan darah tinggi? Dan macam mana dikatakan kebaikan garam dalam kehidupan.


GARAM sebenarnya ada banyak manfaatnya, baik untuk tubuh badan, kecantikan, kesihatan dan sebagai alat bantuan. Menurut Wikipedia GARAM adalah gabungan ionik yang terdiri daripada ion positif (kation) dan ion negatif (anion) sehingga membentuk gabungan nuetral. 

Semua rumah pasti ada serbuk putih ini untuk memasak. Tapi selain berfungsi untuk penyedap rasa, GARAM masih mempunyai banyak manfaat yang masih belum diketahui oleh banyak orang.  Ok, intan nak kongsi sedikit apa manfaat GARAM dalam kehidupan manusia.



UNTUK KESIHATAN

Manfaat garam untuk kesihatan sangat banyak, bukan sahaja boleh membuang toksin dalam badan tapi juga dapat membantu :-

1. SISTEM IMUN - menjadikan tubuh badan mampu melawan berbagai virus yang menyerang seperti selsema, demam, alergi dan penyakit autoimun yang lain.

2. STRESS - membantu mempertahankan dua hormon penting dalam tubuh iaitu serotonin dan melatonin yang boleh membuat kita menjadi rileks dan tidur nyenyak sepanjang malam.

3. OTOT KEJANG - kandungan kalium dlm garam berguna untuk membantu otot supaya berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kejang otot, dan kram.

4. OSTEOPOROSIS - terjadi bila badan kita kekurangan garam dan gula, tubuh menarik sodium ke tulang dan boleh menyebabkan osteoporosis, dengan pengambilan garam dan air yg betul boleh membantu mencegah pereputan tulang.

5. DIABETES - boleh membantu mengurangkan pengambilan insulin dengan menjaga kadar gula yg tepat dalam tubuh.

6. JANTUNG - berfungsi menurunkan kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta dapat membantu mengatur degupan jantung dengan teratur, dapat mencegah serangan aterosklerosis pada jantung dan serangan stroke.

7. ASMA - mengurangkan radangan pada sistem pernafasan dan mengurangkan kahak.

8. PENCUCI MULUT & UBAT KUMUR - boleh dicampur dengan air dan guna untuk berkumur bagi mengurangkan kesakitan ulser dan gusi berdarah.

UNTUK KECANTIKKAN

1. PEMBERSIH WAJAH - boleh dicampur garam dengan minyak zaitun untuk dijadikan pembersih wajah untuk menanggalkan make up dan kotoran tebal dibahagian muka dan leher.

2. MERAWAT KULIT BERMINYAK - garam boleh membantu mengurangkan minyak pada wajah.

3. MATA LESU - dengan larutkan garam ke dalam air panas, celupkan kapas muka dan letakkan pada mata sambil berbaring dengan rileks.

4. SCRUB -  selepas mandi, garam boleh digunakan sebagai scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan daki pada badan, membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembut.

UNTUK KEBERSIHAN

1. Garam juga boleh digunakan untuk membersihkan peralatan diri, rumah dan kawasan  persekitaran contohnya cerobong asap, karpet,peralatan perak, membersih seterika, jeans, tembaga,   pakaian, peralatan masak drpd besi dan sebagainya.

Banyak sebenarnya kebaikan garam dalam kehidupan kita cuma kita kurang didedahkan dengan lebih lanjut. Ada juga perbezaan antara garam lautan, garam bukit dan juga garam buluh. Setiap garam-garam ini ada fungsi tersendiri tetapi kesan yang paling bagus kepada kesihatan adalah garam buluh. Kenapa GARAM BULUH? Korang pernah dengar pasal GARAM BULUH?

Sebelum tue, intan share dulu apakah kandungan yg ada dalam garam biasa, korang mesti tak tahu kan.... intan dapatkan dr sumber yang memang boleh dipercayai dalam google nie haaa...
Zat garam mineral terdapat pada minuman yang kita minum dan juga pada makanan yang kita makan. Tetapi, AWAS!!! Garam juga akan mengakibatkan pelbagai penyakit kalau kita tidak mengawal pengambilan setiap hari.    BAHAYANYA GARAM YANG DIPROSES DARI AIR LAU
Petikan akhbar Berita Harian bertarikh 11hb Ogos 2004


Kuala Lumpur – Hasil kajian mendapati 15 bahan mentah yg sering digunakan dalam masakan rakyat negara ini adalah seperti belacan, ikan bilis, ikan kering, udang kering dan garam, adalah penyumbang kepada penyakit barah dan lain-lain. Garam yg ada sekarang diambil daripada air laut. Air laut yg masin berfungsi menyerap bauan busuk yg terhasil daripada longgokan kotoran yg terdiri daripada sampah sarap dan sebagainya.Rakyat negara ini mengambil jalan mudah tanpa mengira baik buruk dalam pengambilan garam laut dalam masakan mereka . Alasannya kerana sudah biasa dan harganya murah serta mudah diperolehi.


KESAN MEMAKAN GARAM LAUT

1. Garam biasa adalah Natrium Klorida(Nacl) yg ditambah dgn Aluminium Hydroxide utk mencegah pengumpulan hablur Natrium Klorida. Aluminium adalah logam ringan yg diketahui berkumpul di otak menyebabkan penyakit ALZHEIMER’S (pelupa) Kehadiran Natrium Klorida tanpa zat galian yg lain seperti yg terdapat dari laut menjadikannya satu BAHAN RACUN yg agresif di peringkat selular. Dalam usaha mengasingkan Natrium dan Klorida bagi meneutralkannya,kandungan air perlu ditingkatkan dan ini menyebabkan kesan langsung terhadap volume darah yg juga akan meningkat. Volume darah yg bertambah ini menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya membawa kepada TEKANAN DARAH TINGGI

2. Tekanan darah tinggi yg tidak terkawal akan menyebabkan jantung bekerja lebih kuat daripada biasa. Ini adalah satu punca utama PENYAKIT JANTUNG. Dalam proses penyingkiran Natrium Klorida, Kalsium diserap dari tulang utk tujuan mengiringi pengeluaran Natrium Klorida. Kesan jangka panjang pengunaan kalsium ini menyebabkan timbul masalah OSTEOPROSIS (REPUT TULANG).Juga dengan adanya timbunan sisa-sia kalsium di dalam pundi kencing dan buah pingang yg akan membentuk BATU KARANG berkesudahan dgn KEROSAKAN BUAH PINGGANG

3. Protein-protein haiwan seperti ayam dan daging serta makanan laut seperti udang dan ketam yg “Non-Degradeable” ditukar menjadi Asid Urik dan akan bergabung dgn Natrium Klorida membentuk kristal. Kristal kemudiannya ditimbunkan ke sendi-sendi lalu menyebabkan GOUT, ARTHRITIS, RUMATOID ARTHRITIS & OSTEO ARTHRITIS . Toksik (Nacl) akan menyerap ke dalam lubang saluran darah (HOLICOBACTOR PYLORI) maka terhasillah PENYAKIT BARAH (KANSER)
# Di Britain para saintis menganggarkan kematian pra matang kira-kira 40,000 nyawa setahun berpunca dari pengambilan berlebihan garam
# Garam juga telah diisytiharkan sebagai musuh NO.1 oleh Kesihatan Awam di kebanyakan Negara
Oleh itu penggunaan garam yg diproses dari air laut ( Garam biasa ) akan menyebabkan manusia mengalami pelbagai masalah kesihatan yg berpanjangan


Sumber rujukan : Dari Buku Water & Salt dan panduan CAP ( Persatuan pengunaan Pulau Pinang 


Kandungan yang Terkandung pada Garam


















Berbeza pula dengan GARAM BULUH, intan akan sambungkan tentang APA ADA DENGAN GARAM BULUH dan kebaikan garam dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment